home


Wednesday, 19 June 2013

5 fasa Akhir zaman .



Selepas kewafatan Nabi Adam as, zaman kenabian silih berganti sehingga ke zaman Nabi Muhammad saw. Baginda merupakan rasul yg terakhir dilantik Allah swt. Bermakna zaman baginda merupakan zaman terakhir dalam sejarah peradaban manusia. Tiada lagi Rasul yg akan memerintah selepas Baginda maka sudah tentu kiamat akan terjadi pada zaman rasul terakhir ini. Dalam zaman pemerintahan nabi terakhir ini, terdapat pecahan lima fasa sebelum sampai ke pengakhiran ketamadunan manusia dan seluruh isi alamnya.Berikut adalah lima fasa akhir zaman seperti yg telah diceritakan oleh Nabi Muhammad saw :Fasa pertama : Mengikut Rasulullah saw, fasa pertama dalam akhir zaman ini adalah fasa ketika Nabi Muhammad masih lagi hidup. Adakah zaman ini sudah berlalu? The answer is YES.Fasa kedua : Fasa kedua adalah fasa di mana zaman pemerintahan adalah mengikut cara kenabian. Pada zaman ini, kita dapat lihat bahawa umat Islam diperintah oleh empat Khulafa' Ar Rasyidin. Adakah zaman ini sudah berlalu? The answer is YES.Fasa ketiga : Fasa ketiga pula adalah fasa di mana pemerintahan dilakukan oleh kerajaan yang menggigit. Perkataan 'menggigit' seperti yg dimaksudkan dalam hadis nabi itu adalah bermaksud mereka hanya menyerahkan kekuasaan mereka kepada keturunan mereka. Pada fasa ini, kita dapat lihat kerajaan Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah adalah berkuasa dengan menggunakan sistem monarki. Adakah zaman ini sudah berlalu? The answer is YES.Fasa keempat : Fasa keempat adalah zaman di mana dunia diperintah oleh pemimpin yang sombong dan bermaharajalela. Adakah zaman ini sudah berlalu? The answer is NO. sebab zaman itu adalah zaman sekarang.Fasa kelima : Pada fasa yg terakhir ini, dunia akan kembali diperintah mengikut cara Nabi berasaskan syariat Islam. Adakah zaman ini sudah berlaku? The answer is NO.Setelah Nabi habis bercerita tentang fasa yg kelima, Baginda terus diam. Dan diam itu menandakan bahawa SEJARAH MANUSIA TELAHPUN TAMAT.Rasulullah pernah mengingatkan umatnya yg akan hidup dalam fasa yg keempat bahawa pada fasa ini akan datangnya satu fitnah. Fitnah yg paling besar dalam sejarah ketamadunan hidup manusia. Fitnah apa? Ya. Fitnah Al Masih Ad Dajjal. nauzubillah.Cuba kita fikir sejenak, Adakah Dajjal akan keluar pada fasa yg kelima? Jawapannya TIDAK kerana pada fasa yg kelima dunia akan kembali diperintah secara aman dan makmur mengikut cara Islam oleh Imam Mahdi dan Nabi Isa. Adakah Dajjal akan keluar selepas fasa kelima? Jawapannya tidak kerana selepas fasa kelima, dunia telah kiamat. Jadi, adakah Dajjal akan keluar pada fasa yg pertama, kedua dan ketiga? Jawapannya juga TIDAK kerana ketiga tiga fasa tersebut sudah berlalu. Jadi? Bila akan hadirnya Dajjal ini? YA. Pada fasa keempat. Bila fasa keempat? SEKARANG wahai sahabat, SEKARANG.Maka hanya dalam fasa keempat ini sahaja peluang Iblis, Syaitan untuk mengumpul seramai manusia yg mungkin untuk mengikuti mereka tinggal di dalam Neraka kelak. Oleh yg demikian Sahabat, bersama samalah kita menjaga amal ibadat supaya kita tidak akan tergolong dalam golongan umat manusia yg akan menjadi peneman Syaitan di Neraka. Semoga lindunganNya sang Allah sentiasa bersama kita. InsyaAllah.

Meraih ilmu seluas lautan


Dr Hamka pernah berkata, manusia ni terbahagi kepada 3 golongan. Yang pertama ialah manusia yang berilmu dan berharta, mereka ini adalah golongan mulia apabila menggunakan ilmu dan harta di jalan ALLAH. Kedua, manusia berilmu tapi tidak berharta, mereka ini adalah golongan yang rugi. Kenapa? Kerana berilmu tetapi akan menjadi hamba kepada orang yang berharta. Ketiga, manusia yang tidak berilmu dan tidak berharta. Mereka ini umpama binatang. Sungguh kasar ungkapan yang digunakan, tetapi itulah hakikatnya. Sama-sama kita muhasabah diri.
Menurut Al-Ghazali Ada 8 sebab yang menyebabkan kita susah dalam menuntut ilmu:
  1. Hati yang kotor sukar untuk menerima ilmu
  2. Makan makanan yang syubhah atau haram
  3. Tidak memohon keredhan ibu bapa
  4. Suka mendengar lagu-lagu yang melalaikan
  5. Banyak tidur
  6. Banyak makan
  7. Banyak berkhayal; membuang masa dengan berangan-angan
  8. Tidak menghormati guru, ilmu tidak akan berkat
Luqmanul Hakim berpesan kepada anak-anaknya, banyak tidur dan banyak makan akan mematikan keinginan untuk melakukan ibadah kerana jasad lebih terdorong untuk berehat sepanjang masa.
7 tips untuk kuatkan daya ingatan:
  1. Solat 5 waktu di awal waktu dan di tambah dengan solat tahajud di tengah malam
  2. Sentiasa dalam keadaan suci, berwudhuk supaya syaitan menjauh
  3. Bertakwa kepada ALLAH swt sama ada di tempat terang atau sunyi (gelap)
  4. Hormat guru supaya ilmu yang diberi berkat
  5. Jauhi maksiat
  6. Berbakti kepada ibu bapa
  7. Banyakkan berdoa; doa senjata mukmin (surah Taha 20:114)
Untuk berjaya dalam meraih ilmu seluas lautan, ada 8 syarat yang perlu kita ikuti, insyaALLAH:
  1. Pembimbing yang layak, iaitu guru yang sepatutnya
  2. Bekal, takwa kepada ALLAH swt
  3. Senjata, wudhuk
  4. Lampu, zikrullah sentiasa
  5. Pendekatan, Al-Quran dan As-sunnah
  6. Cita-cita yang kuat membara
  7. Persaudaraan kerana ALLAH, tiada hasad dengki
  8. Jauhi perkara yang mengikut hawa nafsu semata-mata
Akhir kata, ilmu itu umpama binatang buruan, kita kena cari dan kejar sentiasa. Perkongsian bersama, peringatan buat insan yang lemah ini dan saudara-saudara yang membaca. Semoga bermanfaat.